BLOGGER TEMPLATES AND Twitter Backgrounds »

Sunday, July 4, 2010

Liga PBL medic 1st years 2009/2010.....10 Mac 2010

1st match: Team A vs Team B

- Kekalahan pertama yang dirasai oleh team A dalam liga ni apabila ditewaskan oleh team B dengan jaringan 2-0....Hafiz gagal menyempurnakan dua peluang baik utk menjaringkan gol sebelum dua gol daripada kacang telah cukup untuk mengecewakan harapan kami team A utk meraih kemenangan dalam game nih huhu...

2nd match: Team A vs Team E

- semangat tinngi ditunjukkan oleh team A walaupun telah ketinggalan pada awal2 perlawanan hasil jaringan sendiri pemain pertahanan kental kami iaitu Duang...pada separuh masa kedua Adzha berjaya menyamakan kedudukan utk team A dengan rembatan jarak jauh yang melepasi kawalan penjaga gol team E iaitu Urwah...keputusan seri 1-1 kekal hingga akhir perlawanan....

3rd match : Team A vs Team D

- Team A berjaya meraih kemenangan pertama dalam liga ini dengan bergaya 5-1 ke atas team D...Udin dan Adzha masing2 menjaringkan 2 gol manakala Hafiz turut menambah satu lagi gol utk melonjakkan team A ke tangga ke-3 dalam liga PBL nih...Ezri menjaringkan gol saguhati utk team D.....

4th match: Team A vs Team C

- perlawanan paling sengit bagi Team A apabila kami dipaksa bekerja keras sebelum menang 3-2 ke atas Team C....Ikhwan Naim menjaringkan gol pembukaan utk team A dengan rembatan jarak dekat sebelum Zulbahari menyamakan kedudukan utk team C dengan jaringan cantik...Gol sendiri oleh Imran meletakkan team A kembali di hadapan sebelum Khairi melebarkan penguasaan Team A dengan jaringan solo yang hebat...kemudian Azree iaitu golkeeper team A tertampan bola rembatan Zulbahari ke dalam gawangnya sendiri utk menjadikan kedudukan 3-2...pada minit terakhir prlawanan..rembatan jarak jauh Hanif dari Team C terkena palang gol....nasib baik kami team A menang....huhu..

Juara liga: Team B
naib juara liga: Team E
ke-3: Team A
ke-4: team C
ke-5: Team D

0 comments: